Monday, 9 May 2011

Malaysia Sebagai Pusat Kecermelangan Pelbagai Bidang - BIDANG-BIDANG TERTENTU

  •  Bahasa- Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Sains – Pusat Sains Negara, Planetarium, Petrosains, MINT, MIMOS



  •  Pertanian- FELDA, FELCRA, MARDI, RISDA,MPOB

  • Politik- Pusat Sumber Parlimen Malaysia.



  •  Sosial- Institut Sosial Malaysia, Institut Integriti Nasional.



  • Industri automotif- PROTON.


Malaysia Sebagai Pusat Kecermelangan Pelbagai Bidang - SAINS DAN TEKNOLOGI

  •       Pusat Analisis dan Teknologi Gen (CGAT)
  •       Aeroangkasa (kajian sains angkasa)


Malaysia Sebagai Pusat Kecermelangan Pelbagai Bidang - PERTANIAN

  •  Kejayaan bidang bioproses dalam membangunkan bahan biodegradasi seperti bioplastik.


  • Pengeluar dan pengeksport kelapa sawit terbesar dunia.


  • PORIM- Penghasilan biodiesel daripada kelapa sawit.



Malaysia Sebagai Pusat Kecermelangan Pelbagai Bidang - KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR, PRASARANA

  •   Mercu tanda negara seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC).


  • Lapangan Terbang Antarabangsa .



  • Jambatan Pulau Pinang.



  •   Bandar-bandar satelit seperti Cyberjaya.


Malaysia Sebagai Pusat Kecermelangan Pelbagai Bidang - PENDIDIKAN


  •      Institusi pendidikan awam dan swasta yang bertaraf dunia seperti UPM,USM, Segi College, Inti College dan lain-lain.







  • Akademi PILOT Malaysia –kursus juruterbang.
  • Program pertukaran pelajar

Malaysia Sebagai Pusat Kecermelangan Pelbagai Bidang - PERUBATAN


  • Institut Jantung Negara (IJN) –institut kesihatan terbaik dunia . http://www.ijn.com.my/ijn/
  • Penemuan bioubatan genetic.
  • Pusat kecemerlangan bertaraf dunia dalam bidang pembedahan endoskopik pediatrik.

Malaysia Sebagai Pusat Kecermelangan Pelbagai Bidang - MENANGANI CABARAN GLOBALISASI

  • Globalisasi atau “ dunia tanpa sempadan” menjadikan dunia semakin kecil akibat kemajuan teknologi dan penyebaran maklumat.  Pemodenan dalam sistem pengangkutan dan media massa mermpercepatkan dan memudahkan pergerakan komoditi dan manusia serta penyebaran maklumat secara meluas dalam jangka masa yang singkat.
  • Era globalisasi moden menuntut tenaga buruh yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi dan komunikasi.  Melalui proses globalisasi, Malaysia semakin disepadukan dengan ekonomi dunia.  Contoh dengan memperkenalkan e-banking, e-dagang.
  • Globalisasi turut mempengaruhi imbangan pembayaran dan nila mata wang sesebuah negara berdasarkan pandangan dan keadaan pasaran sedunia.
  • Kesan globalisasi kepada Malaysia ialah ekonomi negara akan menjadi pesat dan meningkat, pasaran ekonomi terbuka, mempercepatkan dan memperluaskan urus niaga serta meningkatkan produktiviti.
  • Cabaran globalisasi sentiasa mengheret setiap negara dengan pelbagai masalah yang memberi kesan dalaman dan luaran pada negara tersebut.  Hubungan dengan dunia luar dapat menangani cabaran globalisasi.
  • Hubungan serantau bermaksud kerjasama perdagangan yang melibatkan beberapa negara yang terletak dalam rantau yang sama.  Contohnya, kerjasama antara negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia –Malaysia-Singapura (IMS-GT)
  • Hubungan dunia pula bermaksud kerjasama perdagangan melibatkan pelbagai negara di dunia.  Contohnya, kerjasama dengan PBB.OIC,EC dan G7.
  • Malaysia juga memberi keutamaan kepada pembangunan ekonomi dan teknologi maklumat.  Kehadiran syarikat-syarikat multinasional seperti PETRONAS dan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa (MISC) menjadikan syarikat Malaysia yang bertaraf dunia.
  • Kestabilan politik menentukan pembangunan ekonomi sesebuah negara.  Justeru, ancaman dalaman negara seperti rusuhan, demontrasi, letupan bom atau rasuah boleh mengancam perkembangan ekonomi negara.

Malaysia Sebagai Pusat Kecermelangan Pelbagai Bidang - FAKTOR-FAKTOR YANG MENJANA PEMBANGUNAN NEGARA

  1. Kerjasama dan perpaduan antara kaum.
  2. Perkembangan ICT dan komunikasi.
  3. Rancangan dan dasar kerajaan.
  4. Kestabilan politik.

Malaysia Sebagai Pusat Kecermelangan Pelbagai Bidang - MENJANA PEMBANGUNAN NEGARA


  • Pembangunan negara haruslah seimbang dari aspek politik, ekonomi dan sosial.
  • RMK-9 merupakan pemacu Misi Nasional yang akan meneruskan dasar dan perancangan kerajaan dalam membentuk sesebuah negara yang maju ekonominya, seimbang pembangunan sosial dan politik serta melahirkan rakyat yang mempunyai minda kelas pertama.
  • Pembangunan ekonomi penting dalam menjana pembangunan negara.  Pengenalan kepada sistem ekonomi ala komputer seperti K-ekonomi, bandar ekonomi dan pembangunan modal insan merupakan antara usaha yang telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.
  • Konteks sosial merupakan inti pati penting dalam mewujudkan kesejahteraan dan kestabilan negara dalam menjana pembangunan negara.  Penggubalan Dasar Sosial Negara jelas mempamerkan kesungguhan kerajaan dalam menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di bawah satu bumbung sekali gus mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi.
  • Rakyat yang cinta akan negara dan sentiasa proaktif merupakan sumber penting dalam menentukan kejayaan dan hala tuju sesebuah negara.  Justeru, kita mestilah sentiasa bersedia dalam membangunkan dan mempertahankan negara daripada serangan ancaman.
  • Pembangunan golongan belia yang berkualiti dan memantapkan pertubuhan belia telah diberi penekanan utama dalam RMK-9 kerana mereka adalah pewaris negara pada masa depan.
  • Penguasaan kemahiran ICT akan melahirkan rakyat yang berteknologi dalam menghadapi cabaran masa depan dan pembangunan negara.  Kemahiran dan kepakaran ICT rakyat sesebuah negara merupakan elemen yang akan menentukan tahap kemajuan pembangunan dalam negara tersebut.