Monday, 9 May 2011

Malaysia Sebagai Pusat Kecermelangan Pelbagai Bidang - MENJANA PEMBANGUNAN NEGARA


  • Pembangunan negara haruslah seimbang dari aspek politik, ekonomi dan sosial.
  • RMK-9 merupakan pemacu Misi Nasional yang akan meneruskan dasar dan perancangan kerajaan dalam membentuk sesebuah negara yang maju ekonominya, seimbang pembangunan sosial dan politik serta melahirkan rakyat yang mempunyai minda kelas pertama.
  • Pembangunan ekonomi penting dalam menjana pembangunan negara.  Pengenalan kepada sistem ekonomi ala komputer seperti K-ekonomi, bandar ekonomi dan pembangunan modal insan merupakan antara usaha yang telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.
  • Konteks sosial merupakan inti pati penting dalam mewujudkan kesejahteraan dan kestabilan negara dalam menjana pembangunan negara.  Penggubalan Dasar Sosial Negara jelas mempamerkan kesungguhan kerajaan dalam menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di bawah satu bumbung sekali gus mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi.
  • Rakyat yang cinta akan negara dan sentiasa proaktif merupakan sumber penting dalam menentukan kejayaan dan hala tuju sesebuah negara.  Justeru, kita mestilah sentiasa bersedia dalam membangunkan dan mempertahankan negara daripada serangan ancaman.
  • Pembangunan golongan belia yang berkualiti dan memantapkan pertubuhan belia telah diberi penekanan utama dalam RMK-9 kerana mereka adalah pewaris negara pada masa depan.
  • Penguasaan kemahiran ICT akan melahirkan rakyat yang berteknologi dalam menghadapi cabaran masa depan dan pembangunan negara.  Kemahiran dan kepakaran ICT rakyat sesebuah negara merupakan elemen yang akan menentukan tahap kemajuan pembangunan dalam negara tersebut.

No comments:

Post a Comment