- Globalisasi atau “ dunia tanpa sempadan” menjadikan dunia semakin kecil akibat kemajuan teknologi dan penyebaran maklumat. Pemodenan dalam sistem pengangkutan dan media massa mermpercepatkan dan memudahkan pergerakan komoditi dan manusia serta penyebaran maklumat secara meluas dalam jangka masa yang singkat.
- Era globalisasi moden menuntut tenaga buruh yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi dan komunikasi. Melalui proses globalisasi, Malaysia semakin disepadukan dengan ekonomi dunia. Contoh dengan memperkenalkan e-banking, e-dagang.
- Globalisasi turut mempengaruhi imbangan pembayaran dan nila mata wang sesebuah negara berdasarkan pandangan dan keadaan pasaran sedunia.
- Kesan globalisasi kepada Malaysia ialah ekonomi negara akan menjadi pesat dan meningkat, pasaran ekonomi terbuka, mempercepatkan dan memperluaskan urus niaga serta meningkatkan produktiviti.
- Cabaran globalisasi sentiasa mengheret setiap negara dengan pelbagai masalah yang memberi kesan dalaman dan luaran pada negara tersebut. Hubungan dengan dunia luar dapat menangani cabaran globalisasi.
- Hubungan serantau bermaksud kerjasama perdagangan yang melibatkan beberapa negara yang terletak dalam rantau yang sama. Contohnya, kerjasama antara negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia –Malaysia-Singapura (IMS-GT)
- Hubungan dunia pula bermaksud kerjasama perdagangan melibatkan pelbagai negara di dunia. Contohnya, kerjasama dengan PBB.OIC,EC dan G7.
- Malaysia juga memberi keutamaan kepada pembangunan ekonomi dan teknologi maklumat. Kehadiran syarikat-syarikat multinasional seperti PETRONAS dan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa (MISC) menjadikan syarikat Malaysia yang bertaraf dunia.
- Kestabilan politik menentukan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Justeru, ancaman dalaman negara seperti rusuhan, demontrasi, letupan bom atau rasuah boleh mengancam perkembangan ekonomi negara.
Sesuatu Projek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang Dijalankan oleh pelajar SMJK Katholik, Petaling Jaya- Kelas 5S5, 2011.
Monday, 9 May 2011
Malaysia Sebagai Pusat Kecermelangan Pelbagai Bidang - MENANGANI CABARAN GLOBALISASI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment